Di musim PKP ni kalau kehabisan bahan membuat kuih, biskut atau kek, susah juga nak keluar. Apa lagi kalau bahan utama seperti tepung kek atau tepung naik sendiri tak ada. Memang terbantutlah segala niat nak ‘baking’ tu. Tapi sebenarnya ada resipi yang boleh buat semangat anda tu kembali malah boleh berjimat lagi. Dan paling best, kek yang dibuat pun menjadi dan sedap pula rasanya. Jom kita buat sendiri!

 

IKLAN

CARA BUAT TEPUNG KEK & TEPUNG NAIK SENDIRI SECARA HOMEMADE

 

1. RESIPI TEPUNG NAIK SENDIRI

IKLAN

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm tepung gandum
  • 7 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh garam

CARA MEMBUAT:

  1. Campurkan semua bahan dan ayak sebanyak 3 kali.
  2. Simpan dalam bekas bertutup dan bila nak nak guna bolehlah guna tanpa was-was.

 

2. RESIPI TEPUNG KEK (untuk 1 cawan tepung kek)

BAHAN-BAHAN:

  • 3/4 cawan tepung gandum
  • 1/4 cawan tepung jagung

CARA MEMBUAT:

  1. Campur dan ayak kedua-dua bahan.
  2. Jika perlukan 2-3 cawan tepung kek, boleh gandakan jumlah bahan diatas.

 

CUBA NI JUGA:

Kek Coklat Lembab, Sudah Pasti Gebu & Sedap

Kek Marble Jelita. Kek Sedap & Gebu Boleh Masak 3 Cara.