Sambal Ikan Bilis Petai ni memang banyak versinya ikut orang yang memasaknya. Ada yang suka perah limau nipis atau kasturi pada sambal. Ada juga suka guna tomato , tapi sambal tu kena goreng garing dan masuk akhir sekali.

Bagi Zaky Mat Ali sambal ikan bilis petainya, letak tomato ceri. Masaknya pun kejap, bahan semua ditumis hingga naik bau. Ni memang resipi mengancam selera, makan panas-panas sure bertambah-tambah nasinya. Kasi licin pinggan..hehehe

SAMBAL IKAN BILIS PETAI



.

BAHAN-BAHAN :
(sukatan tengok foto)
.

  • Ikan Bilis – beli online DISINI
  • Petai
  • Bawang Besar – beli online DISINI
  • Bawang Merah – beli online DISINI
  • Bawang Putih – beli online DISINI
  • Cili Merah
  • Cili Padi – beli online DISINI
  • Tomato Ceri
  • Air Asam Jawa
  • Gula – beli online DISINI
  • Kicap – beli online DISINI
  • Belacan bakar (jika suka, atau nak lebih kick) – beli online DISINI

BAHAN TUMBUK KASAR:

  • Bawang Besar
  • Bawang Merah
  • Bawang Putih
  • Cili Merah
  • Cili Padi


* Tumbuk kasar dan ketepikan

CARA MEMASAK :
1. Goreng ikan bilis sehingga garing

2. Buang separuh minyak bekas goreng ikan bilis, tumis bahan yang ditumbuk tadi.

IKLAN

3. Masukkan air asam jawa.

4. Diikuti petai.
5. Masukkan ceri gaul sebati

6. Ikan bilis dan kemudian bawang besar


.

7.. Masukkan sedikit gula dan kicap, kacau. Sedia dihidang.


.

Kredit foto & resipi : Zaky Mat Ali

 

Dapatkan pelbagai barang keperluan dapur anda di MYDIN. Tak perlu keluar. Beli sahaja secara online DISINI.

 

JOM TENGOK VIDEO MASAKAN MENARIK INI. LEBIH BANYAK LAGI VIDEO DI YOU TUBE @Majalahrasaofficial

 

DAN  JUGA RESIPI -RESIPI INI :

Step By Step Buat Sambal Sardin Yang Sedap

Resipi Sambal Goreng Jawa Paling Sedap. Masak Pun Mudah Je.

Wow, Sedapnya Sambal Gesek Nogori!