Roti Puri ialah makanan masyarakat India. Ia sesuai untuk dijadikan sebagai menu sarapan pagi mahupun ketika minum petang atau makan malam. Resepinya sangat lah mudah. Siapa peminat roti puri boleh lah cuba buat ya! Dah tak perlu keluar untuk beli di kedai. Selamat mencuba! 

 

RESEPI ROTI PURI 

IKLAN

Bahan-Bahan 

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1/2 sudu teh yis (terpulang mahu letak atau tidak)
  • 3 sudu besar minyak masak
  • 1/2 sudu teh garam
  • 3/4 air panas

Cara Penyediaan 

IKLAN
  1. Tepung gandum, yis, garam, minyak masak gaulkan kesemua bahan tersebut.
  2. Masukkan air panas. Gaul rata. Uli sampai adunan tidak melekat ditangan.
  3. Kemudian bulat-bulatkan dan leperkan dengan penggelek. Kemudian perapkan selama 15minit.
  4. Panaskan minyak dan goreng sampai agak kekuningan.

Info: Pastikan minyak betul2 panas/ Nak kembung siram minyak atas roti

IKLAN

Posted by Sha Roziah Al Yahya on Wednesday, 15 November 2017

Kredit Resepi: Sha Roziah Al Yahya