Mi Udang Kuala Sepetang memang terkenal seantaro Malaysia. Kuala Sepetang atau nama lamanya Port Weld , di Taiping, Perak memang jadi hub untuk menikmati sajian makanan laut yang segar dan rugilah kalau tak merasa Mi Udangnya.

Tengah PKPB ni lupakan lah hasrat nak berkunjung di sana. Masak homemade kat rumah, follow aje resipi perkongsian Zulfaza Loves Cooking ni @ ZLC.

Cerita ZLC,” Masa pilih udang dah terbayang-bayang udang tu berenang-renang dalam mangkuk. Macam biasa bahan anak-anak dah tolong prepare. Dah siap blend kan masak kuah, tengahari tinggal celur mi dan sayur jer.”


.

“Puas hati masak sendiri, semuanya secukup rasa. Alhamdulillah”, kongsinya lagi. Nak resipi lengkap, nah ini dia dari Zulfaza.

MI UDANG KUALA SEPETANG



.

IKLAN

BAHAN-BAHAN :

  • 1 kg mi kuning
  • ½ kg udang basah – bersaiz sederhana – beli online DI SINI
  • 2 biji kentang – kupas kulit, hiris nipis dan goreng kemudian kisar halus (optional)

Bahan Kisar :

  • 10 tangkai cili kering, rebus lembut – beli online DI SINI
  • 6 biji bawang merah – beli online DI SINI
  • 4 ulas bawang putih – beli online DI SINI
  • Sedikit belacan – beli online DI SINI
  • 3 sudu besar udang kering – beli online DI SINI
  • 3 sudu besar sos cili – beli online DI SINI
  • 3 sudu besar sos tomato – beli online DI SINI
  • 1/2 buku gula Melaka @ secukup rasa – beli online DI SINI
  • 4 batang sawi
  • 1 cawan taugeh
  • 2 pokok daun bawang
  • 2 tangkai daun sup
  • 5 biji tauhu – goreng dan potong empat segi sederhana nipis.
  • 5 biji cili masak
  • Limau kasturi
  • Sedikit bawang goreng

CARA MEMASAKNYA :
1. Panaskan minyak dan gorengkan kentang. Kemudian kisar hingga lumat.
2. Minyak yang panas tadi gorengkan tahu, angkat dan hiris nipis atau potong dadu.
3. Panaskan semula minyak goreng tahu tadi, dan tumis bahan kisar seperti bawang merah, bawang putih, belacan, cili dan udang kering.
4. Setelah naik wanginya masukkan sos cili dan sos tomato, garam dan gula melaka. Gaul sebati.
5. Masukkan air secukupnya. Bila kuah dah mendidih sesuaikan rasa. Tambah garam dan gula secukup rasa. Akhir sekali masukkan udang.
6. Biar didih seketika kemudian tutup api.
7. Celur sayuran tadi sawi, taugeh, mi kuning.
8. Setelah selesai semuanya hidangkan bersama bawang goreng, daun bawang, hirisan tauhu goreng dan daun sup. Perahkan limau kasturi.


.

.

Kredit foto & resipi :Zulfaza Loves Cooking ZLC

ANDA MUNGKIN JUGA MENYUKAI VIDEO MASAKAN INI :

DAN JUGA RESIPI-RESIPI INI :

Mi Goreng Basah, Cepat Aje Licin Pinggannya

Dapat 97K Share, Resipi Mi Hailam Tumis Ni Memang Patut Cuba.

Boleh Cuba 8 Menu Aneka Mi Yang Sedap & Senang Masak Ni.