Ingin menikmati Burasak, Lepat Loi juga Asam Pedas Tebu Hitam? Semuanya ada di Rumah Ketupat Cafe. Menu lain juga ada dijual antaranya ketupat nasi, ketupat palas, rendang dan serunding. Memang korang akan rasa macam hari raya kalau menjamu selera di sini. Makan sambil dengar lagu P Ramlee dan 60an di Rumah Ketupat Cafe memang feeling habis.

Kafe yang diusahakan oleh Haji Mohd Johari Awang ini berkonsepkan makanan tradisional Melayu asli.Rumah Ketupat Cafe yang terletak di Seksyen 13 Shah Alam ini menghidangkan aneka jenis lauk pauk hari raya dengan rasanya yang sangat istimewa. Beroperasi sejak 1 Januari 2019.

“Kerana juadah utama di sini adalah juadah raya. Ketupat sinonim dengan hari raya, jadi kami namakan Rumah Ketupat Cafe,” cerita pemilik.

 

Apa istimewanya makanan di sini?

IKLAN

Pelbagai jenis ketupat, di bawah satu bumbung. Terutama untuk warga Johor, tak payah tunggu raya untuk lepaskan rindu makan burasak.Ketupat Nasi, Ketupat Palas, Burasak dan Lepat Loi, Rendang Ayam, Rendang Daging, Daging Masak Hitam, Nasi Minyak dan Asam Pedas Tebu Hitam antara signature makanan di sini.


pulut kuning.


ayam masak merah.


Manakala best seller makanan di sini ialah Set Talam Kendara, Asam Pedas Tebu Hitam Ikan Parang dan Ikan Jenahak, Molotov Gearbox Asam Pedas, Nasi Minyak dan Pulut Kuning.

Juadah Bugis seperti Burasak dan Lepat Loi adalah antara menu istimewa di Rumah Ketupat Cafe.Burasak dihasilkan dengan menggunakan beras dan santan dan ianya ada variasi beras pulut. Enak dimakan dengan serunding kelapa dan rendang daging. Lepat Loi diperbuat dari beras pulut dan dibalut menggunakan daun pisang yang muda.

IKLAN

Set Talam Kendara boleh dimakan lima hingga enam orang. Di dalam talam ada Ketupat Nasi 5 biji, Ketupat Palas 8, Burasak 5, Lepat Loi 6, Serunding Kelapa Udang Kering, Rendang Ayam, Rendang Daging, Daging Masak Hitam dan Kuah Kacang. Harga setalam RM100. Memang puas makan.


Asam pedas tebu hitam, fuuuh memang jadi idaman. Asam pedas yang cukup padu. Asam pedas gearbox banyak isi. Kuah pekat, dimasak dengan penuh kasih sayang. Tidak ada rasa perisa tambahan langsung. Pemilik akui bahan rahsia ialah guna tebu hitam untuk masak asam pedas agar ikan tak hancur.

Pendek kata puas hati makan asam pedas di sini. Rasa macam orang dulu-dulu masak.Tapi kalau tak percaya, boleh datang sendiri cuba Asam Pedas Tebu Hitam. Boleh pilih nak ikan Jenahak, Parang, Tenggiri atau Gearbox.

Asam Pedas Tebu Hitam Kepala Jenahak, harga RM25 hingga RM35. Asam Pedas yang rare, kerana dimasak menggunakan tebu hitam dan kepala ikan yang segar. Asam pedas di sini dimasak oleh pemiliknya sendiri. Dia amat teliti nak pilih ikan yang betul segar, sebab itu kena order awal sehari.

IKLAN


“Ikan dipilih sendiri oleh abang kat pasar, dipotong sendiri dan dimasak sendiri.Jadi, insyaaallah kualiti dan rasanya adalah terbaik,”akui pemilik.


Asam Pedas Molotov Gearbox. Memang padu, lemak berkrim disukai ramai. Tak dapat nak dihuraikan dengan perkataan, kena cuba sendiri. Asam Pedas Molotov Gearbox, harga dari RM35 hingga RM50, bergantung pada saiz.


asam pedas molotov.

Minuman yang wajib korang cuba ialah Air Hang Lipo,Jus Badang dan Kedondong Asam Boi.

Selain pelanggan datang ke kafe, khidmat penghantaran makanan juga ada. Anda boleh memesan makanan menggunakan aplikasi grab, foodpanda, Dego, Bungkusit.

“Kami akan sentiasa memastikan makanan di sini kekal autentik dan suasana yang selesa untuk semua pelanggan kami.Kepada yang belum cuba lagi juadah Rumah Ketupat Cafe, jemput datang ye,” jelasnya.

Rumah Ketupat Cafe
No G9, Jalan Polo 13/51
Off Persiaran Sukan
Seksyen 13,
40100 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan
Contact abang- 01155098055

Operasi : Setiap hari kecuali khamis
9.00 AM –7.00 PM