Mengapa obesiti meningkat secara mendadak pada zaman sekarang. Salah satunya adalah pengambilan makanan berlebihan terutama makanan manis. Akhirnya, berat badan akan naik sehingga terjadinya obesiti yang membawa pelbagai penyakit.Ramai sebenarnya yang berhadapan dengan masalah obesiti namun seakan putus asa untuk mencari jalan penyelesaian. Bersama Lynn Bakar pengasas KetoMall Asia bercerita tentang bagaimana diet keto membantu anda yang berhadapan dengan masalah ini.

“Pada tahun 2019, saya ada terbaca tentang gaya hidup “ketogenic” atau “ketogenic lifestyle” dan bagaimana ia telah membantu orang ramai untuk menurunkan berat badan malah ia juga berkesan untuk menterbalikkan diabetes atau “reverse diabetes”.
Ketika itu, saya turut mempunyai masalah untuk menurunkan berat badan. Apabila saya ingin mencuba pendekatan “ketogenic lifestyle” untuk diri saya, saya dapati ia amat sukar untuk mencari bahan-bahan makanan keto. Menyedari kewujudan lompang atau “gap” tersebut, saya terpanggil untuk menjual bahan-bahan makanan, makanan siap yang menepati piawaian “ketogenic lifestyle” dan rendah karbohidrat.

Ini merupakan suatu bisnes di mana saya dapat membantu masyarakat Malaysia yang mengalami masalah berat badan dan menjauhkan mereka daripada penyakit.Bisnes ini juga merupakan sejenis sumbangan kendiri dalam usaha memperbaiki tahap kesihatan masyarakat Malaysia,”ceritanya.

Diet keto
Merupakan seorang bekas peguam yang pernah bekerja di beberapa firma guaman terkemuka di Malaysia malah pernah menjawat jawatan sebagai Pengurus Serantau untuk Kawasan Asia Pasifik atau “Regional Manager for Asia Pacific” di syarikat kimia yang beribu pejabat di Singapura. Akhirnya dia kembali ke tanah air dan melibatkan diri dalam dunia perniagaan.

KetoMall Asia bermula dengan hanya sebagai sebuah bisnes sampingan (side business) yang kini telah berkembang dengan adanya lebih 30 vendor dan lebih 300 unit barangan di jual atas talian. Selain itu, kerana minat yang mendalam terhadap kecergasan, maka lahirlah juga sebuah group workout studio yang bernama FitSpace66 Studios yang bertempat di Bukit Jelutong, Shah Alam.

Atas minat mendalamnya dalam diet keto, dia telah banyak melaburkan wang untuk mendalami ilmu diet keto daripada pelatih-pelatih antarabangsa. Hasil usahanya, kini dia merupakan seorang jurulatih diperakui atau “certified coach”yang mendapat pensijilan daripada dua jurulatih keto atau “keto coach” antarabangsa terkemuka iaitu Professor Timothy Noakes dari Network Nutrition dan juga Dr. Eric Berg.

Lynn akui masalah berat badan dan pemakanan yang dialaminya adalah seperti perang yang tidak berkesudahan. Sebagai anak muda, dia sering dipanggil “chubby” dan ini bermula dari alam persekolahan lagi sehinggalah ke alam pekerjaan. Masalah berat badan seringkali mengganggu pemikirannya dan berdasarkan pengalaman sendiri seringkali mendapati dirinya dalam keadaan yo-yo di mana kenaikan dan penurunan berat badan adalah tidak konsisten dan tidak terkawal.


Dari situ dia berkeinginan untuk mewujudkan satu platform atas talian yang dapat membantu mereka yang berada dalam situasi yang sama sepertinya untuk menyelesaikan masalah berat badan yang dihadapi. Berat tertinggi pernah mencecah 85kg dan kini beratnya hampir 25kg lebih ringan.
Pelbagai cara yang pernah dia cuba untuk mengawal berat badannya, yang paling berkesan adalah puasa secara berkala atau “Intermittent Fasting” digabungkan dengan diet Keto.

Diet ketogenik merupakan sejenis cara pemakanan di mana sekurang-kurangnya 70 peratus nutrisi makanan perlulah berasal dari lemak, kurang dari 10 peratus dari karbohidrat dan kurang dari 20 peratus dari protein.

Matlamat diet keto adalah untuk memasuki keadaan “ketosis” melalui metabolisme lemak. Dalam keadaan ketosis, tubuh membakar lemak sebagai bahan utama untuk tenaga (burn fat as fuel for energy) dan bukannya karbohidrat. Dengan kadar karbohidrat dalam badan yang rendah, lemak dalam badan dapat diubah menjadi “ketones” yang menjadi sumber tenaga kepada badan.

Bagi mereka yang berada dalam “ketosis”, orang dewasa biasa mestilah memastikan bahawa mereka masih mengambil karbohidrat bersih antara 20 hingga 50 gram sehari. Karbohidrat bersih diukur dengan mengambil jumlah karbohidrat tolak serat dan tolak “sugar alcohol” – setiap hari.

IKLAN

Untuk mengamalkan diet keto, cara pemakanan biasa mesti diubah kerana sebagai contoh, sepotong roti tebal adalah bersamaan dengna 21 gram karbohidrat, sebiji epal sederhana 25g karbohidrat dan secawan susu 12g karbohidrat. Jelas kelihatan bahawa cara pemakanan biasa adalah sarat dengan karbohidrat dan tidak menepati piawaian diet keto sama sekali.

Bagi yang ingin mencuba diet keto, makanan-makanan ruji biasa seperti yang disebut di atas adalah tidak digalakkan sama sekali. Selain itu, buah-buahan (kerana tinggi kandungan gula) dan sayuran berkanji seperti kentang (tinggi dengan kandungan karbohidrat), dan makanan yang sarat dengan protein turut menjadi antara makanan yang tidak boleh dimakan sewaktu mengamalkan diet keto kerana ini boleh menghindarkan badan daripada memasuki ketosis.

Makanan sihat di KetoMall Asia
KetoMall Asia bukan sahaja menyediakan bahan-bahan makanan asas keto seperti tepung badam, tepung kelapa, minyak kelapa, susu badam, ghee, pengganti gula seperti Xylitol, Erythritol, Stevia, Monk Fruit, pengganti makanan ruji keto seperti ‘nasi’ dan ‘mi’ yang diperbuat daripada konjac/shirataki atau oat fibre(best seller).


Selain itu, KetoMall Asia juga mempunyai produk-produk jenama sendiri seperti serbuk perisa ayam yang diperbuat daripada bahan-bahan asli, pelbagai perisa sosej, ayam perap, bebola ayam yang sihat, tidak diproses, tanpa pengawet , tanpa gula dan tanpa sebarang bahan-bahan tambahan tidak asli.

Terdapat juga pelbagai jenis roti, kek dan biskut yang rendah karbohidrat dan tanpa gula. Semua barangan kering yang dijual di KetoMall Asia boleh dihantar ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Malahan, barang-barang dari KetoMall Asia juga telah terjual ke negara-negara lain seperti Indonesia, Emiriyah Arab Bersatu, Singapura dan Brunei.

IKLAN

Lynn berkolaborasi dengan syarikat pembuatan makanan siap masak keto seperti Chunkymonkeys di mana kedua-dua pihak, masing-masing bersetuju bekerjasama merentas jenama masing-masing di media sosial.

Selain ChunkyMonkeys yang kepakarannya lebih kepada masakan keto ala Barat, KetoMall Asia juga telah dilantik sebagai cabang pemasaran sebuah lagi syarikat makanan siap masak iaitu Keto Republik yang kepakarannya lebih kepada masakan keto ala Asia.

Lynn juga menyambut baik mana-mana pihak yang ingin berkolaborasi dengan KetoMall Asia. Contohnya seperti kolaborasi dengan Aafiya Life Wellness Group di mana walaupun cara pemakanan agak berbeza, fokus diberikan kepada apa-apa sahaja yang boleh digabungkan untuk kebaikan bersama.

“Kini kami dalam proses R&D bersama-sama beberapa kilang lebih banyak barangan keluaran KetoMall Asia bakal dilihat. Semua ini bertujuan menyenangkan para pengguna yang sibuk bekerja tetapi masih mahu mencuba diet keto. Produk-produk KetoMall Asia juga akan turut lebih mesra keluarga. Saya percaya bahawa kehidupan yang sihat seharusnya bermula dari rumah,”jelasnya.

Nasihatnya bagi yang sedang struggle untuk menurunkan berat badan sememangnya beralasan sukar untuk ke gym, tempat kerja ketika work from home pula adalah di atas meja makan yang berdekatan dengan dapur dan pelbagai alasan lain. Masalah sejagat ini pasti boleh diselesaikan dengan perubahan yang bermula dari dalam.

IKLAN

Apabila kita menyedari dan memberi tumpuan kepada perkara-perkara yang dapat kita kawal seperti diet, senaman dan cara kita berfikir tentang pemakanan, pasti keadaan PKP ini boleh dijadikan sebagai suatu peluang untuk menjadikan diri kita lebih sihat, lebih cantik dan lebih berkeyakinan. Pokoknya,
Jangan berputus asa. Anda BOLEH menurunkan berat badan!
Tetapkan matlamat kecil. Kemenangan kecil membawa kepada hasil yang besar.
Mindset adalah kunci. Fikiran negatif akan berfungsi menentang anda. Kekal positif dan percaya pada diri anda.
Makanan itu penting. Sememangnya makanan seperti sayur-sayuran tinggi serat, lemak yang baik mampu mengenyangkan anda. Kurangkan karbohidrat sebanyak yang boleh. Kurangkan gula sedikit demi sedikit secara berterusan.
Anda perlu bersenam. Bahagian paling sukar dalam bersenam adalah untuk mula bangun untuk melakukannya! Jangan fikir. Buat je!
Istiqmah untuk menang. Untuk mengurangkan berat badan dalam jangka masa panjang, gaya hidup sihat mesti berterusan.

Selain dari website www.ketomall.asia anda juga boleh mendapatkan produk ini di Facebook Page Ketomall dan Instagram @ketomallasia. Pelanggan juga boleh datang untuk membuat self pick-up dari FitSpace66 di Bukit Jelutong, Shah Alam.

Lasagna Terung Keto (tanpa tepung)
Bahan-bahan untuk 12 hidangan
2 biji terung besar
1 sudu teh garam himalaya, ditambah lagi secukup rasa
Minyak zaitun, secukup rasa
5 ulas bawang putih, cincang
½ sudu teh serbuk lada merah
500 g tomato kisar (2 tin)
6 daun selasih segar, dihiris nipis, ditambah lagi untuk hiasan
1 biji telur besar
425 g keju ricotta
2 cawan keju mozzarella yang diparut (200 g)
1 cawan keju parmesan parut (110 g)
2 sudu teh perasa Itali

  1. Terung panggang
  1. Panaskan ketuhar hingga 200 darjah C.
  2. Griskan loyang dan susunkan kepingan terung satu lapisan demi satu lapisan.
  3. Beruskan kedua-dua belah terung dengan minyak zaitun dan letak garam dan lada.
  4. Panggang terung hingga lembut.
  1. Sos daging (ayam atau lembu)
    1. Sementara terung dipanggang, panaskan minyak dalam kuali besar.
  1. Masukkan bawang putih dan goreng hingga wangi
  2. Masukkan daging ayam atau lembu dan kacau hingga naik bau
  3. Letakkan sesudu teh garam dan lada dan sedikit Lakanto/Monk Fruit/Erythritol
  4. Masak hingga keperangan
  5. Letakkan tomato yang telah dihancurkan berserta perisa Italian herbs kecilkan api hingga reneh daging menjadi lembut.
  1. Pengisian keju
  1. Sementara sos daging mendidih, campurkan keju ricotta, keju Parmesan dan telur dalam mangkuk kecil.
  1. Susunkan lasagna terung
  1. Selang selikan sususan lapisan terung dalam bekas yang boleh digunakan untuk ketuhar.
  2. Lapisan atas letakkan campuran marinara daging.
  3. Sebarkan campuran ricotta di atas.
  4. Taburkan dengan keju mozzarella yang dicincang.
  5. Ulangi selang seli lapisan dengan
  6. Akhiri lapisan terakhir dengan hirisan mozzarella.
  1. Bakar

Bakar hingga keju cair dan berwarna keemasan. Letakkan beberapa helai daun basil sebagai hiasan.

Menu Diet Tortilla Chicken Wrap, Inti Padat Memang Mengenyangkan

Resipi Salad Pasta, Sesuai Untuk Yang Sedang Cuba Diet Sihat

Lapan Sajian Diet Yang Sedap Menyelerakan.