Comel-comel fruit cheese tart ni kan. Boleh pilih buah-buahan yang anda suka. Ramai peminat fruit cheese tart. Nak membeli, boleh tahan harganya. Apa kata kita try buat sendiri? Kalau tengok langkah membuat, tak adalah susah sangat. Bolehlah cuba buat, insya-Allah jadi.

FRUIT CHEESE TART

IKLAN

BAHAN SHELL TART
125 gram marjerin (BELI DI SINI)
50 g gula aising
1/2 biji kuning telur ayam | gred A
1 sudu kecil esen vanila (BELI DI SINI)
5 gram susu penuh krim (BELI DI SINI)
1/2 sudu besar air sejuk | dari peti ais
250 gram tepung gandum (BELI DI SINI)

CARA MEMBUAT
1. Pukul marjerin dan gula aising sehingga sebati.
2. Masukkan kuning telur, esen vanila, susu penuh krim, air sejuk dan tepung gandum.
3. Uli sebati adunan sehingga jadi doh.
4. Tekan doh dalam acuan tart 4.5 cm.
5. Buang lebihan doh di tepi acuan.
6. Cucuk bahagian tengah dengan garpu.
7. Buat sehingga habis adunan.
8. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan 15 minit awal dengan suhu 170 C api atas dan bawah selama 20 minit.

Selamat mencuba!

NAK RESIPI LAIN?
Kuih Seri Muka Paling Senang & Sedap 
Manisan Dari Vietnam Yang Sangat Sedap
Biskut Cornflakes Rangup