Cili boh atau cili kisar adalah bahan masak yang wajib ada di dapur. Terdapat pelbagai jenama cili kisar yang ada di pasaran namun ada yang lebih suka hasilkan sendiri. Katanya lebih sedap. Memang tak dinafikan, cili kisar yang diadun sendiri ni memang punya rasa yang lebih power.

Namun, salah satu masalah yang dihadapi ialah ia cepat berkulat walaupun disimpan dalam peti sejuk. Kadang-kadang ada yang tak sampai seminggu dan naik kulat putih dan berbau masam. Menerusi perkongsian Puan Mim Nazihah, beliau kongsikan cara hasilkan cili kisar yang tahan lebih lama. Sangat berbaloi untuk dicuba.

PETUA CILI KISAR TAHAN LAMA

 

BAHAN-BAHAN:

  • Cili kering
  • Bawang putih
  • Air tapis

 

CARA-CARA:

1. Potong cili kering dan kupas bawang putih. Cuci bersih.

IKLAN

 

2. Rebus cili kering bersama bawang putih sampai lembut cili tu. Kemudian toskan (tak perlu basuh lagi ye, cuma tos saja, sebab tadi kita dah cuci bersih, kalau basuh balik guna air paip nanti cili kisar tak tahan lama).

 

3. Biarkan sekejap agak cili dah sejuk sikit, kemudian kisar dengan menggunakan air tapis. Jangan guna air paip ye. Malah bawang putih pun bertindak sebagai anti kulat.

IKLAN

 

4. Letak cili kisar dalam bekas dan simpan dalam peti sejuk. Hasilnya cili akan tahan lama dan tak berkulat. Selamat mencuba.

 

Kredit petua & foto: Mim Nazihah

 

IKLAN

Anda mencari KUALI NON STICK? Boleh klik DISINI.

 

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

Hilangkan Masalah Sinki Tersumbat Dengan Dua Bahan Ini, Modal Hanya RM6.40

Amal Empat Jus Ini Untuk Kurangkan Rasa Sakit Senggugut

DIY Rak Dapur Dengan Hanya Guna Tiga Barang Ini. Kreatif!

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official: