Kisah ibu tunggal C. Mariamah atau lebih dikenali sebagai Puan Mary yang perlu menanggung tiga anak dan ibunya, mula tular sejak beberapa minggu lepas di media maya telah mendapat perhatian ramai termasuk Menteri Wilayah Persekutuan YB Tan Sri Annuar Musa dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Ibu tunggal ini hilang pekerjaan pada Mac lalu rentetan pandemik covid-19. Dia telah cuba mencari pekerjaan di tempat lain tetapi telah ditolak. Suaminya telah meninggal dunia akibat serangan jantung dan dia lah yang menggalas tanggungjawab menjaga ibu dan tiga anaknya.


.

Sebelum mendapat bantuan gerai dan lesen penjaja, Demi kelangsungan hidup Mary terpaksa menolak troli berjalan kaki sejauh 5 km dari rumahnya untuk berniaga nasi lemak dan bihun di Jalan Klang Lama ke Taman Desa Waterpark Mary. Namun kadang kala tidak dapat menghabiskan kesemua jualan nasi lemaknya.


.

Sejak itu dia berniaga nasi lemak dan bihun di sekitar Taman Desa dari 6.30 pagi hingga 11.00 pagi.

Kini kehidupannya mulai  berubah dan beban hidup menjadi ringan apabila Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) baru baru ini ini telah memberi sumbangan gerai penjaja bergerak di Jalan Desa Utama berhadapan bangunan TM Taman Desa.

Manakala dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memberikan lesen penjaja dan rumah PPR/PA di PPR Seri Cempaka . Sumbangan gerai disampaikan oleh Tan Sri Annuar Musa.


.

IKLAN

Mary turut diberikan kunci untuk rumah flat barunya di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Chempaka, Jalan Kampung Pasir dengan kadar sewa RM124 sebulan oleh DBKL.

Sebelum ini, Mary memang berharap memiliki gerai suatu hari nanti dan impian itu telah terlaksana dan menjadi kenyataan.

Ibu tunggal ini turut melahirkan rasa syukur atas bantuan yang diberi dan beliau bertekad akan memanfaatkan peluang itu sebaiknya untuk menjana pendapatan dan menaikkan taraf hidup.


.

“Selepas ini saya tidak perlu lagi berjalan kaki dan membahayakan diri untuk berniaga, orang ramai yang ingin beli nasi lemak dan bihun, lebih senang cari saya di gerai,” katanya.


.

Majalah RASA mengucapkan syabas atas kegigihan  Mary dan moga lebih bersemangat  menjalani kehidupan sehariannya dan mencari rezeki untuk keluarga.

**Untuk pengetahuan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) baru baru ini telah memberi kebenaran kepada warga kota untuk membuka gerai atau perniagaan secara kecil-kecilan di mana-mana kawasan yang sesuai di sekitar bandar raya.

Namun peniaga perlu memohon lesen perniagaan sementara yang sah selama enam bulan di laman web DBKL yang ditawarkan secara percuma.

Kredit foto : FB Yayasan Wilayah Persekutuan
                        : rentasmalaysia.com
Rujukan : Free Malaysia Today (FMT)
: Sinar Harian

 

INGIN MENGEKALKAN KESEGARAN BAHAN BASAH, JOM LAYARINYA DI SINI

ANDA MUNGKIN JUGA TERTARIK DENGAN VIDEO INI, BOLEH JADI IDEA NIAGA …

DAN JUGA RESIPI-RESIPI INI :

Shepard Pie Melantun Rasanya, Umi Watie Dapat Jual 30 Pek Seminggu

Brownies Nutella Flat Cookies, Boleh Buat Niaga Nih.