Mi kari tetap menjadi pilihan kerana rasanya yang pedas berlemak, digabungkan dengan rasa kenyal mi yang mampu memikat hati sesiapa sahaja yang merasainya. Sesuai dihidangkan untuk seisi keluarga. Mungkin agak leceh untuk menyediakan mi kari tetapi bila dah siap masak, terasa kepuasannya. Jom kita cuba resipi yang dikongsi oleh saudari Bunga Jua.

MI KARI

 

BAHAN UNTUK KUAH:

  • Ayam atau daging
  • Tauhu pelampung | goreng sebentar
  • 2 biji bawang merah besar | dikisar – beli online DISINI
  • 3 biji bawang putih | dikisar – beli online DISINI
  • 2 sudu besar udang kering | dikisar – beli online DISINI
  • 10 tangkai cili kering | dikisar
  • 1 batang serai | diketuk
  • 4 sudu besar serbuk kari | dibancuh dengan sedikit air – beli online DISINI
  • 2 sudu besar serbuk cili | dibancuh dengan sedikit air – beli online DISINI
  • 1 kotak santan – beli online DISINI
  • 1 cawan air
  • Kiub pati ayam

 

BAHAN-BAHAN LAIN:

  • Mi kuning | dicelur sebentar
  • Fishball | digoreng dan dihiris
  • Fishcake | digoreng dan dihiris
  • Taugeh
  • Daun sup | dihiris
  • Lada merah atau hijau | dihiris
  • Bawang goreng – beli online DISINI
  • Limau kasturi
  • Telur rebus | dibelah dua
  • Kerang atau udang | jika mahu

 

 

CARA MEMASAK:

IKLAN

1. Panaskan minyak, masukkan serai, bahan yang dikisar dan serbuk kari serta serbuk cili.

2. Tumis sehingga pecah minyak, kemudian masukkan ayam atau daging. Biarkan masak seketika.

3. Kemudian, masukkan santan, air dan kiub pati ayam. Kepekatan kuah ikut anda tetapi jangan terlalu cair atau pekat.

4. Perasakan dengan garam, gula serta serbuk perasa.

5. Biarkan mendidih seketika dan masukkan tauhu.

6. Siap.

 

Kredit resipi & foto: Bunga Jua

 

Anda sedang mencari BLENDER? Boleh klik DISINI.

 

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official: