Suka sangat dengan tempe, Dalam masakan pun suka letak tempe, seolah sehari tak makan tempe tak lengkap rasanya. Menu tempe selain berkhasiat ia juga boleh menjadi menu jimat untuk seisi keluarga makan. Contohnya potong tempe nipis-nipis lalu digoreng dengan ikan bilis buat sambal kering boleh jadi stok untuk makan. Yelah sekarangkan kena berjimat dengan PKPB yang entah bila akan berakhir.

Kalau ada yang berhajat,boleh juga cuba buat sendiri seperti resipi yang dikongsikan ini.

TEMPE HOMEMADE
1.Cuci bersih kacang soya. Rendam soya minimum 5 jam
2.Rebus kacang siap direndam sehingga betul-betul mendidih.
3.Tutup dan biar terendam selama 24 jam
4.Gosok ramas buang kulit kacang sehingga bersih.
5.Cuci bersih dan rebus sekali lagi sehingga mendidih.
6.Tos sejat kacang dan kering sepenuhnya.
7.Tabur dan gaul rata ragi betul-betul merata pada soya.
8.Bungkus mengikut citarasa.
9.Perap selama 2 hari 2 malam.
InshaaAllah menjadi.

Selamat mencuba

IKLAN

Kredit resipi: Norulrafidah Omar

ADA YANG NAK MEMBELI HAND BLENDER @ FOOD PROCESSOR, BOLEH LIHAT DI SINI.

Nak Perahan Santan Yang Pekat, Cuba Ikut Tip Ini

Ini Cara Betul Simpan Bawang Agar Tidak Mudah Rosak. Boleh Stok Bawang Tanpa Risau

Cara Buat Cili Jeruk Yang Rangup