Sambutan Deepavali tentunya lebih meriah dengan adanya pelbagai sajian enak yang menjadi tradisi turun temurun. Walaupun tidak dapat disambut secara besar-besaran seperti sebelumnya disebabkan pandemik Covid19, dengan adanya pelbagai sajian sedap ini tentunya dapat memberikan keceriaan buat semua. Istimewa buat anda, RASA kongsikan resipi snek Omapodi perkongsian saudari Pushpa Rao. Rangup, sedap dan sesuai sangat dijadikan kudapan di musim perayaan ini. Selamat mencuba!

RESIPI SNEK OMAPODI

BAHAN-BAHAN:

  • 1/2 cawan tepung beras – beli online DISINI
  • 1 cawan tepung kacang kuda – beli online DISINI
  • 1/4 cawan tepung jagung – beli online DISINI
  • 1/2 sudu kecil jintan kecil (ditumbuk)
  • 1/2 sudu kecil bijan putih – beli online DISINI
  • 1/2 sudu kecil bijian omam – ditumbuk(kalau taka da, tidak mengapa) – beli online DISINI
  • Garam secukupnya – beli online DISINI
  • 1 sudu besar gula – beli online DISINI
  • 1 sudu besar planta – beli online DISINI
  • Air secukupnya

BAHAN LAIN:

  • Kacang tanah goreng
  • Daun kari goreng

CARA MEMASAK:

IKLAN

1. Kacau semua bahan-bahan diatas sampai jadi macam doh chappati.
2. Dengan menggunakan acuan lubang kecil, masukkan doh dan hasilkan muruku kecil yang panjang-panjang. Goreng sehingga kuning keemasan.


3. Campurkan kacang tanah dan daun kari yang digoreng dalam muruku tadi. Campurkan.


4. Sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Pushpa Rao

 

Nak cari ACUAN MURUKU? Pilih je DISINI

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official