Kuih lapis labu ini memang sedap dan tidak perlu guna sebarang pewarna tambahan. Hasilnya pun memang cantik, tidak keras dan tidak lembik. Boleh cuba buat di rumah sementara masih bekerja dari rumah. Resipi ini telah dikongsi oleh Puan Marlia Lia. Selamat mencuba.

KUIH LAPIS LABU

 

BAHAN-BAHAN:

  • 1/4 biji labu saiz sederhana | dikukus & dikisar halus
  • 4 cawan santan segar | panaskan di atas api perlahan hingga suam
  • 2 cawan tepung beras
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung jagung
  • 1/4 – 1 cawan gula halus
  • 1/4 camca teh garam

 

CARA PENYEDIAAN:

1. Kupas labu, basuh dan kukus. Kemudian, kisar halus.

 

2. Masukkan tepung beras, tepung gandum, tepung jagung, gula pasir yang dikisar halus dan sedikit garam. Gaul rata.

 

3. Kemudian, panaskan santan di atas api yang perlahan sambil dikacau. Panaskan hingga suam.

IKLAN

 

4. Tuangkan santan suam tadi ke dalam campuran tepung dan kacau sebati. Tapiskan.

 

5. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. 1 bahagian dicampurkan dengan labu.

 

6. Panaskan kukusan hingga air mendidih. Panaskan loyang yang sudah disapu minyak terlebih dahulu.

7. Bila loyang dah panas, barulah masukkan adunan. Kukus dengan api sederhana.

8. Setiap lapis, kukus selama 5 minit. Lapisan terakhir, kukus selama 20-25 minit.

 

9. Bila lapisan dah sejuk, baru potong.

 

INFO TAMBAHAN:

  • Untuk pastikan kuih tidak cepat basi, selepas siap mengukus, buka penutup kukusan dan biarkan diatas api selama lebih kurang 5-10minit lagi. Biarkan wap air atas kuih mengering.

 

Kredit resipi & foto: Marlia Lia

 

Anda sedang mencari PENGUKUS? Boleh klik DISINI.

 

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

Aneka Kuih Inti Manis Yang Sedap & Mudah Dibuat

Kuih Lejen Yang Tetap Orang Suka, Bingka Ubi Paling Sedap

Hanya Guna Sukatan Cawan, Ini Cara Mudah Nak Buat Kuih Kaswi

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official: