Kalau dapat makan Kuih Bahulu homemade yang baru siap dimasak memang sedap. Lemak-lemak manis, kena pula dengan secawan kopi. Aduh…memang padu. Ramai yang sangka Bahulu ni susah nak buat. Mudah je sebenarnya. Tak perlu guna sabut pun. Guna sahaja segala gajet yang ada di dapur kita. Macam resipi yang saudari Azirah Muktar kongsi ni. Bakar guna sandwic maker je. Sangat mudah. Jom cuba!

 

RESIPI BAHULU HOMEMADE GUNA SANDWIC MAKER



.

BAHAN-BAHAN:

  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan gula – boleh kurangkan kalau taknak manis
  • 3 biji telur

CARA MEMASAK:
1. Kisar telur dan gula hingga sedikit gebu dan kembang.
2. Kemudian masukkan tepung gandum. Adun sebati.
3. Panaskan sandwic maker dan sapukan sedikit minyak pada permukaannya.

IKLAN



4. Tuang adunan bahulu tadi dan masak hingga kekuningan.

5. Angkat dan sedia untuk dinikmati.

INFO: Satu adunan ini boleh dapat sekitar 12 biji Kuih Bahulu.

 

Nak try resipi ni tapi tak ada Sandwic Maker dekat rumah? Jangan risau. Pilih dekat SINI. Ada pelbagai pilihan & pstinya pada harga mampu milik.

 

Kredit resipi & foto: Azirah Muktar

 

ANDA JUGA BOLEH CUBA: 

Resipi Cekodok Jejari Kentang Sedap & Paling Simple.

Cara Mudah Perap & Masak Ayam Berempah Yang Sedap.