Minum petang ni teringin pula kuih lama. Kebetulan ada stok labu baki dibuat gulai. Dari rosak begitu saja bagus juga dibuat bingka labu. Buat bingka labu ni senang saja sebab cara penyediaan hanya campur semua bahan dan kisar.

Bingka labu (saiz loyang 8 inci)
Bahan-bahan:
2 cawan (500g) labu yang telah direbus dan dilenyek
2 cawan tepung gandum
3/4 cawan gula
1 cawan (200ml) santan
1 cawan air
2 biji telur
2 sudu besar marjerin
1 sudu kecil esen vanilla

Cara membuat:
1.Blend semua bahan sampai sebati. Oles loyang dengan minyak terlebih dahulu dan tuang adunan dalam loyang.
2.Tabur bijan yang telah disangai.
3.Masukkan dalam oven dan bakar pada suhu 180 C selama 30 minit. Tambah lagi 10 minit waktu membakar pada suhu 190 C api atas sahaja. Bahagian atas akan jadi lebih garing.

IKLAN

Siap untuk dihidang. Potong bila kuih dah sejuk.
Kredit: Ain A.

INGIN MEMBELI OVEN BARU, BOLEH LIHAT DI SINI.

IKLAN

Resipi Kuih Koci Pulut Hitam Leleh Terlajak Sedap & Tak Perlu Kukus

Apam Cheese Comel & Gebu, Memang Buat Tak Henti Nak Makan

IKLAN

Cara Buat Tau Sar Peah Atau Kuih Tambun . Adunan Ini Dapat Hasilkan 10 Biji Cukup Untuk Minum Petang