Tengahari ni kalau dapat makan Bihun Sup memang sedap sungguh, lagi-lagi pulak ada sambal kicap. Jus daging segar yang meresap dalam kuah tu yang tambah menggetar selera.

Ni Bihun atau Mihun Sup Daging serta Sambal Kicap dari Mariana Zainal, nampak macam senang. Berbaloi dicuba resipi ni jommm…

BIHUN SUP DAGING



.

BAHAN-BAHAN :

  • 1 kg daging(potong ikut suka)
  • 5 kuntum bunga lawang – beli online DI SINI
  • 1 batang kulit kayu manis – beli online DI SINI 
  • 1 keping asam keping(kalo kecik tambah 1/2 keping lagi) – beli online DI SINI
  • 1 1/2 sudu besar garam
  • 1 sudu teh aji
  • 4 liter air
  • Daun sup + daun bawang +bawang goreng(hiasan)
  • 1/2 cawan minyak (untuk menumis)

Bahan kisar:

  • 2 biji bawang besar – beli online DI SINI
  • 5 ulas bawang putih – beli online DI SINI
  • 1 1/2 inci halia – beli online DI SINI
  • 2 sudu teh jintan manis – beli online DI SINI
  • 2 sudu teh biji ketumbar – beli online DI SINI 
  • 1 sudu teh lada hitam – beli online DI SINI
  • 1 bungkus bunjut sup amik isinya sahaja
  • 1/2 cawan air

Bahan lain :

  • Daun sup
  • Daun bawang
  • Bawang goreng

CARA MEMASAK :
1. Didihkan air dan daging guna api sederhana
2. Sambil tu kita siapkan bahan lain.
3. Panaskan minyak,masukkan bahan kisar,bunga lawang,kulit kayu manis dan asam keping. Tumis hingga naik minyak dan elok garing..
4 Tutup api. Masukkan bahan tumis ke dalam periuk yang kita rebus daging tadi.
5. Renehkan hingga daging lembut.Apabila daging dah lembut, masukkan garam dan serbuk perasa.
6. Sesuaikan rasa (nak kuah lebih boleh tambah air).

IKLAN


.

SAMBAL KICAP

BAHAN-BAHAN :

  • 30-35 biji cili padi – beli online DI SINI
  • 3 ulas bawang putih – beli online DI SINI
  • 5 kali renjis kicap masin – beli online DI SINI
  • 5 kali renjis kicap manis – beli online DI SINI
  • 1 sudu teh perahan limau kasturi
  • 1 senduk kecil kuah sup

(Kisar semua bahan ini )


.

*Siap
* Mihun di celur dan toskan.

Kredit foto & resipi : Mariana Zainal

INGIN MENDAPATKAN PRESSURE COOKER TERKINI, JOM BELI ONLINE DI SINI

ANDA MUNGKIN TERTARIK DENGAN VIDEO MASAKAN INI :

DAN JUGA RESIPI-RESIPI INI :

Resipi Mi Udang Yang Sedap, Pedas & Menyelerakan

Ini 8 Idea Mi & Mihun Untuk Jamu Seisi Keluarga