Tentunya masih ramai lagi yang keliru di antara tepung gandum cap Ros dan tepung Red Rose. Tepung ini nampak macam sama tetapi sebenarnya ada perbezaannya. Sebab tu kadang-kadang bila buat kek atau biskut tak menjadi. Tersalah tepung rupanya. Nak tahu apa perbezaannya? Ini penerangan yang dikongsi oleh Puan Zuraini Alias II. Semoga bermanfaat. Jangan tersalah beli lagi okay!

BEZA TEPUNG GANDUM RED ROSE & TEPUNG CAP ROS

1. Tepung Gandum Red Rose

Foto: Sumber internet

Tepung Red Rose biasanya dijual di bakeri. Kebanyakan yang dijual adalah tepung yang sudah dipek semula oleh bakeri tetapi pada bahagian label ada tulis tepung red rose. Selalunya tepung ini dikhaskan untuk membuat biskut. Yang bestnya, biskut akan jadi lebih ringan dan rangup. Harga tepung dijual sekitar RM3.00 hingga RM3.20 sekilo.

 

2. Tepung Cap Rose

Foto: Sumber internet

IKLAN

Tepung ini pula merupakan tepung serbaguna yang sama dengan tepung gandum jenama lain seperti cap sauh, kunci dan lain-lain lagi. Harganya pula tidak melebihi RM2.00.

 

Ini pula kegunaan tepung gandum mengikut kegunaan:

  • Tepung Cap Kunci – untuk karipap
  • Tepung Cap Rose – untuk buat biskut
  • Tepung Cap Cempaka – untuk apam senyum merekah
  • Tepung High Protein – untuk donut
  • Tepungn Gandum Cap Sauh dan Bakers Choice – untuk kek dan biskut

 

Kredit: Zuraini Alias II

IKLAN

 

Anda sedang mencari MICROWAVE? Boleh klik DISINI.

 

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

IKLAN

Hilangkan Masalah Sinki Tersumbat Dengan Dua Bahan Ini, Modal Hanya RM6.40

Ini Cara Nak Buat Cili Boh Homemade Yang Lambat Berkulat

Amal Empat Jus Ini Untuk Kurangkan Rasa Sakit Senggugut

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official: