Sabtu ni dah cuti Deepavali. Pasti rakan India yang sibuk menyiapkan sajian untuk Deepavali nih. Kita kan Malaysia jom kita ambil tahu apa yang biasa mereka hidangkan untuk perayaan Deepavali.

Selain sajian utama seperti thosai, idhili, capati dan maruku, manisan lain pun memang sedap dinikmati.

1. THOSAI



.

Thosai merupakan makanan kegemaran orang india. Makanan ini menjadi menu utama dalam hidangan Hari Deepavali. Thosai kebiasaannya enak dimakan bersama kuah “sandhini”

2. IDHILI


 

Idhili merupakan makanan sampingan dalam menu hidangan kaum india pada hari Deepavali. Idhili dimakan bersama sandhini atau kari ayam, dal dan lain-lain.

3. MURUKU



.

Muruku adalah makanan kegemaran bukan sahaja kaum India tetapi menjadi kegemaran kepada kaum-kaum lain yang menetap di Malaysia.

4. KUIH RAWA URUNDAI



.

Kuih Rawa Urundai ini pula adalah kuih yang kurang manisnya. Ramai yang tidak mengetahui tentang kuih ini. Ramuan kuih ini adalah tepung suji, gula, garam, buah kismis, buah pelage dan minyak sapi.

IKLAN

5. KUIH NEI URUNDAI



.

Kuih ini merupakan antara kuih yang manis . Rupanya sama seperti kuih Rawa Urundai Tetapi kuih ini lebih manis daripada kuih Rawa urundai. Kuih sangat lembut dan mudah rapuh apabila dipegang.

6. KUIH JILLEBHI



.

Kuih Jillebhi sangat manis. Rupanya seperti muruku . Kuih ini sedap untuk dimakan.

7. KUIH ATHIRASAM



.

Kuih Athirasam merupakan kuih manis. Bentuknya sama seperti kuih donat. Ramuan kuih ini ialah tepung beras, gula merah, buah pelaga, garam , kelapa parut dan minyak masak. Kuih tahan sehingga enam bulan.

8. KUIH MAISUR PAHKU



.

Antara kuih yang manis. Di antara ramuannya tepung gram (besan), gula dan minyak sapi.

9.KUIH ALVA



.

Kuih Alva juga merupakan kuih manis dan rupanya seperti kuih dodol. Warna kuih ini ialah merah.

10. KUIH PAAL GUVA



.

Kuih Paal Guva adalah kuih manis dan dan lembut. Ramuan kuih ini ialah susu segar lembu, gula dan garam.

11. KUIH LADHU



.

Kuih Ladhu merupakan makanan manis. Kuih ini mudah rapuh apabila dipegang. Ramuan kuih ini ialah tepung kuda, buah ceri, buah gajus, buah kismis, pewarna, gual, garam dan minyak sapi. kuih ini sedap untuk dimakan.

FB : Zayan @my.Radio Station
Web : zayan.my

*Zayan merupakan sebuah platform digital dan juga radio berkonsepkan kehidupan Muslim moden pada masa kini.

 

INGIN MENCARI KUALI ANTI MELEKAT, JOM BELI DI SINI

ANDA MUNGKIN JUGA SUKA VIDEO MASAKAN INI :

DAN JUGA RESIPI-RESIPI INI :

Tak Berkunjung Ke Mana Pun, Makanlah Maruku Rangup Kat Rumah Cuti Deepavali Ini

Cara-Cara Masak Tosai Sedap Secara Homemade

Langkah Memasak Chutney Pudina, Sedap Dengan Naan & Thosai.